Ordered List

KEMAHIRAN MENJAMIN KEHIDUPAN

POHON DOA





Dimaklumkan, Mohd Khairul Ihsan Bin Ismail Pelatih Kursus Pendawaian Elektrik GIATMARA Bachok yang kini sedang menunggu untuk menduduki Peperiksaan Kekompetenan Pendawai Sekatan PW2 pada Februari ini (2012), telah terlibat dengan kemalangan jalan raya pada petang Khamis 12 Januari 2012.


Keadaan beliau kini masih koma dan di tempatkan di bilik rawatan rapi (ICU) Wad 2 Intan Hospital Universiti Sains Malaysia ( HUSM ) Kubang Kerian. Kecederaam yang dialami agak serius iaitu berlaku pendarahan dalam kepala dan pembedahan telah pun dilakukan.


Pihak kami memohon agar pembaca sekelian dapat kiranya sama-sama berdoa agar beliau selamat dan segera sembuh serta memberi kekuatan kepada keluarga beliau dalam menempuh ujian ini.

Amin

SISTEM KASTA



Allah menciptakan manusia secara berbeza-beza untuk saling kenal mengenali dan menyambung ikatan persaudaraan (silaturrahim)


Sistem kasta telah menentukan bahawa masyarakat beragama Hindu dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan peringkat. Pada umumnya, kelas tertinggi ialah para Brahmin atau Brahmana, manakala kelas terendah ialah kaum pariah.

Berikut menunjukkan kelas-kelas yang terdapat di dalam sistem ini.

Sistem Kasta

  1. Brahmin
  2. Ksatriya
  3. Vaisya
  4. Sudra
  5. Pariah


Sambung Baca

Pensyarah GM Besut maut dalam kemalangan



Pensyarah di GM Besut, Alor Lintang, maut selepas motosikal yang dinaikinya bertembung dengan sebuah van dalam satu kemalangan yang berlaku di Kilometer 2, Jalan Kampung Raja-Tembila dekat Kampung Paya Rawa petang semalam.

Ketua Polis Daerah Besut Superitendan Kamaruddin Mohd Zakaria berkata dalam kejadian 1.30 petang itu mangsa Norazman Mirah, 56, yang menunggang motosikal seorang diri dalam perjalanan untuk mengambil anaknya di Sekolah Kebangsaan Keluang, Tembila.

"Bagaimanapun apabila sampai di tempat kejadian sebuah van yang dipandu seorang warga emas Abdullah Ismail, 67, dari arah bertentangan tiba-tiba memasuki laluan yang dilalui mangsa menyebabkan mangsa tidak sempat mengelak lalu berlaku pertembungan.

"Ekoran kemalangan itu, mangsa yang tinggal di Kampung Gelam Mas Kampung Raja mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan meninggal dunia ketika dalam perjalanan untuk mendapatkan rawatan di Hospital Daerah Besut," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Manakala pemandu van yang berasal dari Lorong Panglima Perang, Kuala Terengganu cedera di bahagian dahi serta tangan kanan dan turut dihantar ke hospital yang sama untuk mendapatkan rawatan.

Alfatihah untuk arwah