Ordered List

KEMAHIRAN MENJAMIN KEHIDUPAN

RM226 juta diperuntuk kepada GiatMara 2013





Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah memperuntukkan RM226 juta tahun depan kepada GIATMARA, agensi latihan di bawah kementerian itu, untuk belanja mengurus 231 pusat latihan di seluruh negara termasuk ibu pejabat.


Timbalan Menterinya, Datuk Hasan Malek berkata, kementerian itu juga menyediakan RM10 juta tahun depan pada menjayakan program inkubator, iaitu untuk lepasan GIATMARA yang cenderung ke arah menjadi usahawan.

GIATMARA peruntuk RM12 j kpd lepasan pelatih





GIATMARA memperuntukkan sebanyak RM12 juta setahun bagi program membantu lepasan pelatih Giat Mara menjalankan perniagaan. Pengerusi GIATMARA Datuk Shahiruddin Ab Moin berkata, pada tahun ini, GIATMARA membantu seramai 1,723 bekas pelatih dengan tiap seorang menerima RM5,000. 


Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri Majlis penyerahan bantuan berkenaan dan Pelancaran Komuniti Usahawan GIATMARA Pahang Zon 2 di sini hari ini, beliau berkata GiatMara mensasarkan sekurang-kurangnya 10 peratus bekas pelatih GIATMARA akan menceburi bidang keusahawanan. Sejak ditubuhkan 25 tahun lepas, 


GIATMARA berjaya melatih lebih 300,000 belia dan beliawanis dalam pelbagai bidang. Dalam perkembangan lain, beliau berkata, tiga buah koperasi Bekas Pelatih GIATMARA akan ditubuhkan tahun depan iaitu di Zon Tengah, Timur dan Barat bertujuan mengumpulkan bekas pelatih untuk menentukan hala tuju perniagaan mereka selain berusaha untuk mendapatkan lebih banyak peluang perniagaan. 


Beliau menasihati bekas pelatih terbabit supaya menjadi ahli koperasi bagi menjamin masa depan mereka dan lebih berdaya saing.



50 pelatih Giat Mara akan menjadi perintis usahawan bergerak




Seramai 50 pelatih Giat Mara akan menjadi perintis program usahawan bergerak menerusi peruntukan yang diluluskan Unit Perancangan Ekonomi Jabatan Perdana Menteri.

Menyatakan demikian, Pengerusi Giat Mara Datuk Shahiruddin Ab Moin berkata, sebanyak RM500,000 telah diluluskan untuk program itu.

Bercakap kepada pemberita di sini, hari ini beliau berkata, untuk permulaan pelatih Giat Mara yang terpilih akan dibekalkan dengan modal asas sebanyak RM10,000 dan peralatan dalam bidang kemahiran masing-masing.

Sebagai contoh katanya, pelatih yang mempunyai kemahiran menggunting rambut tidak perlu membuka kedai tetapi hanya memerlukan peralatan dan terus ke kawasan kampung dengan menggunakan motosikal untuk menawarkan perkhidmatan tersebut.

Dalam pada itu katanya, Giat Mara juga akan menghantar pelatih-pelatih lain menjalani latihan praktikal ke premis-premis kemahiran bersesuaian dengan permintaan dan minat pelatih.

Katanya, setiap pelatih berkenaan akan diberi elaun sebanyak RM200 sementara premis yang menerima pelatih berkenaan juga diberi elaun RM200.


KASIH ADIK







Aku cuma ada seorang adik. Usianya tiga tahun lebih muda daripada aku. Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi keperluan anak gadis ketika itu, aku ambil 50 sen dari poket seluar ayah.


Petang itu, pulang saja dari sekolah - ayah memanggil kami berdua. Dia meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding. Aku menggeletar melihat rotan panjang sedepa di tangan ayah.


" Siapa ambil duit ayah ?" tanya ayah bagai singa lapar.


Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah. Kedua-dua
kami membisu, cuma tunduk memandang lantai.


" Baik,kalau tak mengaku,dua-dua ayah rotan !" sambung ayah sambil mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku.


Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah tangannya sambil berkata, " Saya yang ambil !"


Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu, hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik. Aku gamam, lidah kelu untuk bersuara. Walau perit menahan sakit, setitis pun airmata adik tak tumpah.


Setelah puas melihat adik terjelepok di lantai, ayah merungut :


" Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri. Apakah lagi perbuatan kamu yang akan memalukan ayah di luar kelak ?"


Malam itu, emak dan aku tak lepas-lepas mendakap adik. Belakangnya yang berbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati. Namun adik cukup tabah. Setitis pun air matanya tidak mengiringi kesakitan yang mencucuk-cucuk.


Melihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati, kesal dengan sikap aku yang takut berkata benar. Adik segera menutup mulutku dengan kedua-dua belah tangannya lalu berkata, " Jangan menangis kak, semuanya dah berlalu !." Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu membela adik.


Tahun bersilih ganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan aku bagaikan baru semalam berlaku. Adik mendapat tawaran belajar ke sekolah berasrama penuh dan aku pula ditawarkan menyambung pelajaran ke peringkat
pra-universiti.


Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah bersama ibu di ruang tamu. Aku terdengar ayah berkata, " Zah, kedua-dua anak kita cemerlang dalam pelajaran. Abang bangga sekali !"


" Tapi apalah maknanya bang... !" aku terdengar ibu teresak-esak.


" Dimana kita nak cari duit membiayai mereka ?"


Ketika itulah adik keluar dari biliknya. Dia berdiri di depan ayah dan ibu.
" Ayah, saya tak mahu ke sekolah lagi !"


Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya dan merenung wajah emak, kemudian wajah adik dalam-dalam.


Panggggg.... sebuah penampar singgah di pipi adik. Seperti biasa yang mampu aku lakukan ialah menutup muka dan menangis.


" Kenapa kamu ni ? Tahu tak,kalau ayah terpaksa mengemis kerana persekolahan
kamu, ayah akan lakukan !"


" Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, dia takkan dapat membawa keluarganya keluar daripada kemiskinan, " aku memujuk adik tatkala menyapu minyak pada pipinya yang bengkak.


" Kakak perempuan...biarlah kakak yang berhenti. "


Tiada siapa yang menyangka, dinihari itu adik tiada dibiliknya. Dia membawa bersamanya beberapa helai baju lusuh yang dia ada. Di atas pangkin tempat dia lelapkan mata, terdapat sehelai kertas yang tercatat.....


" Kak... untuk dapat peluang ke universiti bukannya mudah. Saya cari kerja dan akan kirim wang buat akak. "


Apa lagi yang saya tahu selain meraung. Ayah termenung, jelas dia cukup kecewa. Begitu juga emak yang menggunakan air matanya memujuk ayah.


Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa: " Ada pemuda kampung tunggu kau kat luar !"


" Pemuda kampung ?" bisikku. " Siapa ?"


Tergesa-gesa aku keluar bilik. Dari jauh aku nampak adik berdiri dengan pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen. " Kenapa sebut orang kampung, sebutlah adik yang datang !"


Sambil tersenyum dia menjawab, " Akak lihatlah pakaian adik ni. Apa yang akan kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu saya adik kakak ?"


Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya. Aku cukup tersentuh. Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi. Aku kibas-kibas bebutir pasir dan tompokan simen pada pakaian adik.


Dalam suara antara dengar dan tidak, aku bersuara, " Akak tak peduli apa orang lain kata. "


Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambut berbentuk kupu-kupu.Dia mengenakan pada rambutku sambil berkata, " Kak, saya tengok ramai gadis pakai sepit macam ni, saya beli satu untuk akak. "


Aku kaku. Sepatah kata pun tak terucap. Aku rangkul adik dan dadanya dibasahi air mataku yang tak dapat ditahan-tahan.


Tamat semester, aku pulang ke kampung sementara menunggu konvokesyen. Aku lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti selalu.


" Emak, tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut saya balik. "


" Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis tangannya luka-luka. "


Aku menerpa ke biliknya. Cantik senyum adik. Kami berdakapan.


" Sakit ke ?" aku bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya.


" Tak....Kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil dan serpihan simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa. Kesakitan yang dirasa tidak dapat menghentikan usaha saya untuk bekerja keras. "


Apalagi... aku menangis seperti selalu.


Aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun. Suamiku seorang usahawan menawarkan jawatan pengurus kepada adik.


" Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang lain ?" kata adik.


" Adik takde pelajaran. Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang adik ada. "


" Adik tak ke sekolah pun kerana akak." kata ku memujuk.


" Kenapa sebut kisah lama, kak ?" katanya ringkas, cuba menyembunyikan kesedihannya.


Adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah ayah tiada. Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis sekampung, juruacara majlis bertanya, "Siapakah orang yang paling anda sayangi?"


Spontan adik menjawab, " Selain emak, kakak saya.... " katanya lantas menceritakan suatu kisah yang langsung tidak ku ingati.


"Semasa sama-sama bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kaki ke sekolah.Suatu hari tapak kasut saya tertanggal. Melihat saya hanya memakai kasut sebelah, kakak membuka kasutnya dan memberikannya pada saya. Dia berjalan dengan sebelah kasut. Sampai di rumah saya lihat kakinya berdarah sebab tertikam tunggul dan calar-balar."


"Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri. Saya akan lakukan apa saja demi kebahagiaan kakak saya itu. Saya berjanji akan menjaganya sampai bila-bila."


Sebaik adik tamat bercerita, aku meluru ke pelamin, mendakap adik sungguh-sungguh sambil meraung bagaikan diserang histeria.

ANGELINA JOLIE










Ikan pelik mirip 'flower horn' ini diberi nama sempena pelakon pujaan pemiliknya, Angelina Jolie

SOLAT YANG TIDAK DITERIMA ALLAH SWT





Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: "10 orang yang solatnya tidak diterima oleh Allah SWT ialah: 


1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu. 

2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat. 

3. Orang lelaki yang minum arak tanpa meninggalkannya (taubat). 

4. Orang lelaki yang menjadi imam padahal orang yang menjadi makmum membencinya. 

5. Anak lelaki yang melarikan diri dari rumah tanpa izin kedua ibu bapanya. 

6. Orang perempuan yang suaminya marah/menegur kepadanya lalu si isteri memberontak. 

7. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim serta menganiaya. 

8. Orang perempuan yang tidak menutup aurat. 

9. Orang yang suka makan riba. 

10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar. 



Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: 


"Barang siapa yang solatnya tidak dapat menahan daripada melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemungkaran Allah SWT dan jauh dari Allah SWT."

Pengajar GIATMARA maut nahas





Niat seorang pen­gajar Pusat GiatMara Muar untuk menolong rakannya tidak kesampaian apabila dia maut kerana terbabit dalam kemalangan di Kilometer 137, Jalan Johor Bahru Melaka, berhampiran Kampung Parit Orang Kaya, Simpang Lima, dekat sini, semalam.


Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu, kereta jenis Perodua Alza dipandu Norwahidah Suratman, 32, yang dinaiki dua yang lain berhenti di tepi jalan kerana ingin membuat pu­singan U sebelum dirempuh sebuah bas ekspres dari arah sama yang gagal mengelak dari melanggar kereta mangsa.


Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, akibat rempuhan kuat itu bas perjalanan dari Kota Bahru, Kelantan menuju ke Batu Pahat itu terhumban ke parit berhampiran manakala kereta mangsa remuk teruk di bahagian depan.


“Norwahidah yang cedera parah maut di tempat kejadian. Manakala dua yang lain iaitu pengurus pusat terbabit, Janiza Johari, 42, patah kaki dan pelajar GiatMara, Siti Nadirah Ahmad, 19, cedera ringan.


“Mereka kini dirawat di Hospital Putra, Batu Pahat,” katanya kepada Sinar Harian.


Walaubagaimanapun katanya, pemandu bas dan lapan penumpang tidak mengalami sebarang kecederaan.


“Norwahidah yang berasal dari Felda Nitar, Mersing meninggalkan empat anak berusia lingkungan 10 bulan hingga enam tahun. Jenazahnya telah dibawa ke Hospital Batu Pahat dan akan dikebumikan di kampung asalnya,” katanya.


Sementara itu, suami mangsa Mohd Dzairul Anuar Che Derus, 34, berkata, isterinya itu tidak menunjukkan sebarang kelakuan pelik sebelum kemalangan berlaku.


Katanya, cuma satu perkara yang tidak pernah dilakukannya sebelum ini iaitu tidur di ruang tamu malam sebelum kejadian, di mana biasanya mangsa akan tidur di bilik bersamanya.


“Cuma malam tadi (semalam), isteri saya tidak tidur di bilik dan tidur di luar. Katanya rasa tidak selesa dan terlalu panas tidur di dalam bilik.


“Saya yang menyangkakan tidak ada apa-apa yang berlaku membiarkannya dan tidak memikirkan langsung. Itulah kali terakhir saya akan berjumpa dengannya,” katanya.


Mohd Dzairul berkata, lebih menyedihkan, beberapa hari sebelum kejadian, mangsa menyuarakan hasrat kepadanya bagi mendaftarkan diri mereka berdua untuk menunaikan haji di Mekah tetapi belum berkesempatan melakukannya. SinarOnline

ANDROID/TABLET PERLU KEPADA ANAK ANAK





Samsung Galaxytab 7.7



Ada pesanan yang berkata 'ajarkan anak kamu berdasarkan zamannya'. Maksudnya kita perlu memandang ke depan dalam mendidik anak-anak agar mereka tidak ketinggalan zaman.



Saya rumuskan kalau nak tahu apa yang perlu kita ajarkan anak-anak kita adalah dengan melihat apakah skill yang kita anggap hebat sekarang dan itulah yang perlu kita dedahkan pada anak-anak kita kerana apa yang kita anggap hebat sekarang hanyalah perkara asas untuk anak-anak kita pada masa depan.



Kalau dulu siapa yang tahu guna komputer dianggap hebat, sekarang skill menggunakan komputer hanyalah satu perkara asas. Siapa yang dedahkan anak-anak mereka pada komputer masa lalu tentu sekarang jauh ke depan.



Barangkali antara teknologi yang dianggap hebat sekarang adalah penggunaan iPad atau Android. Bagi orang tua-tua mungkin hebat jika mereka mahir menggunakannya. Mungkin kita perlu dedahkan anak-anak kita lebih kepada penggunaan iPad dan yang seumpama dengannya kerana pada masa depan ia hanyalah satu perkara asas sahaja dan ketinggalan mereka yang tidak miliki perkara asas ini.



Video di bawah membayangkan kenapa iPad atau android hanyalah satu permulaan. Sesuatu yang amat besar sedang menanti anak cucu kita pada masa mendatang dan pada masa itu ia hanyalah perkara biasa.



saksikan video di bawah:




LAYANNNNN.....







Wajah Jenazah Bertukar Hitam...




Satu kisah benar yang berlaku di sebuah milik mayat untuk sama2 diambil iktibar dari cerita ini.

Lebih kurang jam 3.30 pagi, saya menerima panggilan dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor untuk menguruskan jenazah lelaki yang sudah seminggu tidak dituntut. Di luar bilik mayat itu cukup dingin dan gelap serta sunyi dan hening. Hanya saya dan seorang penjaga bilik tersebut yang berada dalam bilik berkenaan. Saya membuka dengan hati-hati penutup muka jenazah. Kulitnya putih,badannya kecil dan berusia awal 20-an.

Allah Maha Berkuasa. Tiba-tiba saya lihat muka jenazah itu sedikit demi sedikit bertukar menjadi hitam. Mulanya saya tidak menganggap ia sebagai aneh, namun apabila semakin lama semakin hitam, hati saya mula bertanya-tanya. Saya terus menatap perubahan itu dengan teliti, sambil di hati tidak berhenti-henti membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Detik demi detik berlalu,wajah jenazah semakin hitam.

Selepas lima minit berlalu,barulah ia berhenti bertukar warna. Ketika itu wajah mayat berkenaan tidak lagi putih seperti warna asalnya, tetapi hitam seperti terbakar. Saya keluar dari bilik berkenaan dan duduk termenung memikirkan kejadian aneh yang berlaku itu. Pelbagai pertanyaan timbul di kepala saya. Apakah yang sebenarnya telah terjadi? Siapakah pemuda itu? Mengapa wajahnya bertukar hitam? Persoalan demi persoalan muncul di fikiran saya.

Sedang saya termenung tiba-tiba saya dapati ada seorang wanita berjalan menuju ke arah saya. Satu lagi pertanyaan timbul, siapa pula wanita ini yang berjalan seorang diri di bilik mayat pada pukul 4.00 pagi Semakin lama dia semakin hampir, dan tidak lama kemudian berdiri di hadapan saya. Dia berusia 60-an dan memakai baju kurung.


"Ustaz,” kata wanita itu. “Saya dengar anak saya meninggal dunia dan sudah seminggu mayatnya tidak dituntut."

"Jadi saya nak tengok jenazahnya.” kata wanita berkenaan dengan lembut. Walaupun hati saya ada sedikit tanda tanya, namun saya membawa juga wanita itu ke tempat jenazah tersebut. Saya tarik laci 313 dan buka kain penutup wajahnya.

“Betulkah ini mayat anak mak cik?” tanya saya. “Mak cik rasa betul… tapi kulitnya putih.” “Makcik lihatlah betul-betul.” kata saya. Selepas ditelitinya jenazah berkenaan, wanita itu begitu yakin yang mayat itu adalah anaknya. Saya tutup kembali kain penutup mayat dan menolak kembali lacinya ke dalam dan membawa wanita itu keluar dari bilik mayat.

Tiba di luar saya bertanya kepadanya. “Mak cik, ceritakanlah kepada saya apa sebenarnya yang berlaku sampai wajah anak mak cik bertukar jadi hitam?” tanya saya. Wanita itu tidak mahu menjawab sebaliknya menangis teresak-esak. Saya ulangi pertanyaan tetapi ia masih enggan menjawab. Dia seperti menyembunyikan sesuatu. “Baiklah, kalau mak cik tidak mahu beritahu, saya tak mahu uruskan jenazah anak mak cik ini. ” kata saya untuk menggertaknya.

Bila saya berkata demikian, barulah wanita itu membuka mulutnya. Sambil mengesat airmata, dia berkata, “Ustaz, anak saya ni memang baik, patuh dan taat kepada saya. Jika dikejutkan di waktu malam atau pagi supaya buat sesuatu kerja, dia akan bangun dan buat kerja itu tanpa membantah sepatahpun. Dia memang anak yang baik."

"Tapi…” tambah wanita itu lagi “apabila makcik kejutkan dia untuk bangun sembahyang, Subuh misalnya, dia mengamuk marahkan mak cik. Kejutlah dia, suruhlah dia pergi ke kedai, dalam hujan lebat pun dia akan pergi, tapi kalau dikejutkan supaya bangun sembahyang, anak makcik ini akan terus naik angin. Itulah yang mak cik kesalkan.” kata wanita tersebut.

Jawapannya itu memeranjatkan saya. Teringat saya kepada hadis nabi bahawa barang siapa yang tidak sembahyang, maka akan ditarik cahaya iman dari wajahnya. Mungkin itulah yang berlaku. Wajah pemuda itu bukan sahaja ditarik cahaya keimanannya, malah diaibkan dengan warna yang hitam.

Selepas menceritakan perangai anaknya, wanita tersebut meminta diri untuk pulang. Dia berjalan dengan pantas dan hilang dalam persekitaran yang gelap. Kemudian saya pun memandikan, mengapankan dan menyembahyangkannya. Selesai urusan itu, saya kembali ke rumah semula. Saya perlu balik secepat mungkin kerana perlu bertugas keesokan harinya sebagai imam di Masjid Sultan Sallehuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

Selang dua tiga hari kemudian, entah kenapa hati saya begitu tergerak untuk menghubungi waris mayat pemuda tersebut. Melalui nombor telefon yang diberikan oleh Hospital Tengku Ampuan Rahimah, saya hubungi saudara Allahyarham yang agak jauh pertalian persaudaraannya. Selepas memperkenalkan diri, saya berkata, “Encik, kenapa encik biarkan orang tua itu datang ke hospital seorang diri di pagi-pagi hari. Rasanya lebih elok kalau encik dan keluarga encik yang datang sebab encik tinggal di Kuala Lumpur lebih dekat dengan Klang.”

Pertanyaan saya itu menyebabkan dia terkejut, “Orang tua mana pula?” katanya. Saya ceritakan tentang wanita berkenaan, tentang bentuk badannya, wajahnya, tuturannya serta pakaiannya. “Kalau wanita itu yang ustaz katakan, perempuan itu adalah emaknya, tapi…. emaknya dah meninggal lima tahun lalu!”

Saya terpaku, tidak tahu apa yang hendak dikatakan lagi. Jadi ‘apakah’ yang datang menemui saya pagi itu? Walau siapa pun wanita itu dalam erti kata sebenarnya, saya yakin ia adalah ‘sesuatu’ yang Allah turunkan untuk memberitahu kita apa yang sebenarnya telah berlaku hingga menyebabkan wajah pemuda berkenaan bertukar hitam. Peristiwa tersebut telah terjadi lebih setahun lalu, tapi masih segar dalam ingatan saya.

Ia mengingatkan saya kepada sebuah hadis nabi, yang bermaksud bahawa jika seseorang itu meninggalkan sembahyang satu waktu dengan sengaja, dia akan ditempatkan di neraka selama 80,000 tahun. Bayangkanlah seksaan yang akan dilalui kerana satu hari di akhirat bersamaan dengan seribu tahun di dunia.
Kalau 80,000 tahun?

Marilah kita mengambil ikhtibar dari kisah ini wahai sahabat pembaca sekalian.

MAYAT KEMBALI HIDUP !!!





Seorang wanita warga emas berusia 95 tahun mengejutkan ramai pihak apabila secara tiba-tiba ‘memanjat’ keluar dari kerandanya sendiri selepas disahkan ‘mati’ selepas enam hari.

Li Xiufeng didapati langsung tidak bergerak atau bernyawa ketika dijumpai di rumahnya selepas dipercayai tersadung sehingga menyebabkan kepalanya tercedera dua minggu lalu.

Anak lelaki nenek tua itu, Qingwang berusaha mengejutkan ibunya dari ‘tidur’ tetapi tiada tanda-tanda pergerakan diberikan oleh Xiufeng dan dianggap telah meninggal dunia.

Selepas Xiufeng ‘disahkan’ tidak lagi bernyawa, Qingwang mengambil keputusan untuk melakukan persiapan upacara pengebumian ibunya itu.

Bagi menghormati roh ibunya, Qingwang telah menyimpan ‘mayat’ Xiufeng di dalam keranda yang diletakkan di rumah mereka selama beberapa hari bagi membolehkan rakan-rakan dan saudara-mara mereka memberikan penghormatan terakhir buat mendiang.

Bagaimanapun, sehari sebelum upacara pengebumian Xiufeng, seluruh ahli keluarga dan orang-orang kampung terkejut apabila mendapati keranda milik warga tua itu kosong.

“Kami begitu takut, dan dengan serta-merta meminta jiran untuk datang mendapatkan bantuan,” kata Qingwang dalam Daily Chilli.

Ekoran dari kehilangan ‘mayat’ Xiufeng, penduduk kampung telah melakukan gerakan bersama mencari dan menjejaki lokasi tubuh Xiufeng.

Namun, mereka sekali lagi terkejut apabila menemui Xiufeng sedang berdiri kukuh dan memasak di dapur dalam rumahnya.

“Saya tidur untuk masa yang lama. Selepas bangun dari tidur, saya rasa begitu lapar, dan ingin memasak sesuatu untuk dimakan,” kata Xiufeng selamba.

Ketika tersedar dari ‘tidurnya’, Xiufeng berkata dia terpaksa mengambil masa yang agak lama untuk membuka tudung kerandanya kerana keranda yang didiaminya itu terlalu berat.

“Saya menolak tudung untuk masa yang lama untuk memanjat keluar,” katanya.

Perkara pelik itu benar-benar memberikan tanda tanya kepada penduduk kampung dan ahli keluarga warga tua itu selepas mendapati tubuh Xiufeng masih lagi berada dalam keadaan panas meskipun telah ‘meninggal’ hampir selama enam hari.

TAHUKAH ANDA SIAPA MR ANONYMOUS ?






MENARIK SEKALI APABILA MEMBACA BLOG CIKGU ROZLAN. NAMUN, ARTIKEL YANG PADAT DENGAN INFO ILMIAH DICEMARI DENGAN KOMEN BODO OLEH INDIVIDU YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB.



SIAPA MR ANONYMOUS BERKENAAN ?


KENAPA KOMEN PADA TOPIK TOPIK TERTENTU SAHAJA ?


KENAPA MENGGUNAKAN ANONYMOUS ?


HEBAT SANGATKAH ANDA ?


SILA BACA SINI DAN SINI




GIATMARA SANDAKAN : PW2 & PW4



UNTUK MAKLUMAN, PEPERIKSAAN BAGI PENDAWAI PW2 DAN PW4 TELAH BERLANGSUNG SELAMA EMPAT HARI (14 – 17/02/2012) DI GIATMARA SANDAKAN, SABAH.


SERAMAI 38 CALON MENGHADIRI PEPERIKSAAN BERKENAAN. 33 ORANG ADALAH DARIPADA GIATMARA SANDAKAN DAN 5 ORANG CALON LAGI DARIPADA GIATMARA KINABATANGAN SABAH.


PANEL PEMERIKSA YANG TERLIBAT DALAM MENGENDORS CALON TERSEBUT ADALAH :

  1. EN. MOHD KHAFIZI BIN ABD SAMAD
  2. EN AHMAD NADZRI BIN HAMZAH
  3. EN MOHD EZWAN SHAH BIN A MAHSIN















































TERIMAKASIH KEPADA PENGURUS PUSAT EN SAIDUN, CIKGU BOB DAN JUGA KEPADA CIKGU ROSLI (LOBSTER, BAWANG PUTIH, IKAN TERUBUK BLA BLA BLA) DI ATAS KERJASAMA TERBAIK YANG DIBERIKAN.

TAHNIAH KEPADA YANG BERJAYA



Published with Blogger-droid v2.0.4